Tuesday, June 16, 2015

puace

Assalamualaikum~~~ lusa puasa~! hehe mudah-mudahan Allah sampaikan kita ke bulan special tu.. Amiinn

menurut ceramah yang aku dengar, ostad tu ckp, kita semua kena gembira untuk menyambut puasa pastu masing2 mesti tanam azam nak buat yang terbaik tahun ni.. ye la mana la tahu ni la tahun terakhir kita bertemu Ramadan.. maut ni kita tak tau bila nak mai.. entah tahun ni ka, bulan ni ka atau satg ni ka.. kita tak tau..*apehal pulak aku guna bahasa utaqa??*

so, marila kita tanamkan tekad yang kuat dlm hati yang kita nak buat yang terbaik tahun ni..

kuliah maghrib semalam, ostad tu bagi tau.. orang yang puasa tapi tak solat ni, celaka.. bukan aku cakap.. tapi aku setuju.. orang yang puasa tapi aurat masih terdedah, celaka.. aku setuju..

ni nak tanya, Tuhan yang mensyariatkan puasa dengan yang mensyariatkan solat dan menutup aurat tu Tuhan lain2 ekk?? TAK. Tuhan yang satu tu yang mensyariatkan solat, menutup aurat dan puasa.. jadi kenapa nak taat separuh dan ingkar separuh? ada orang suka sedekah.. tapi solat takdak.. mak aku kata, solat itu tiang agama. kalau tiang dah roboh, cemana nak sangkutkan amalan2 kita yang lain2 tu? ingat boleh sangkut ke kalau takde tiang? tak bolehnye..

bagi orang yang solat tapi tak tutup aurat.. pon sama la..  tiang je ada.. tapi tiang tu mungkin dah retak seribu, menanti roboh.. kenapa? sebab solat yang baik akan mencegah kemungkaran. tak tutup aurat tu satu kemungkaran.. jadi kalau dia solat tapi dia tak rasa apa kalau pakai seksi seksa, apa jadi dgn solat dia? Na'udzubillah.. itu Allah punya kerja.. mudah2an kita diberi hidayah untuk melakukan kesemua suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.. Amiinn

aku dok nasihat kat sini, bukan maksodnye aku baik ye.. aku ni tak baik lagi.. masih bermujahadah.. nak jadi baik ni senang.. sape kate susah? senang je aku rasa jadi baik. TAPI nak istiqamah jadi baik tu yang susah... tak caye? try dulu baru tau

ok, sampai sini dulu.. akhir kata, selalulah berdoa.. mohon kat Allah supaya kita diberi hidayah.. hidayah ni kena mintak.. dia tak gedebuk jatuh mcm durian.. kalau dah dpt hidayah, mintak kat Allah supaya tetapkan iman.. tetapkan hati dalam iman kerana iman ni sifatnya turun naik.. kalau dah rasa tetap iman, mintak kat Allah, supaya kita jgn riak.. paling penting, mintak kat Allah kita mati dlm keadaan beriman.. mintak kat Allah supaya kalimah terakhir yang kita sebut sbg "Laa ilaha illallah"..

kita kena selalu mintak kat Allah.. kerana apa? kerana kita dah takde tempat lain nak mengadu.. kita takkan ada tempat lain lagi nak kembali kecuali pada Allah.. yang boleh mengabulkan doa kita hanya Allah.. jadi mintak la pada Dia.. jgn minta pada manusia..

mudah2an aku jugak beramal dgn apa yang aku tulis.. Amin

No comments:

Post a Comment