Tuesday, January 31, 2017

Review buku : The Lost World

For this entry and In Shaa Allah, a few next entries, aku akan buat review pasal buku yang aku dah baca. Mostly buku yang aku baca are under 'horror', 'mystery' or 'thriller' category. Novel cintan cintun for me is a no-no. So harap maklong :)


The Lost World


Tajuk          : The Lost World

Penulis        : Helmi Effendy

Muka surat  : 721

Harga          : RM 28

Buku ini      : 




Sesuai untuk mereka yang :
  • Suka Jurassic Park, sebab ada pasal dinasour
  • Suka sci-fi
  • Peminat plot twist yang ekstrem

Sinopsis :

Tema utama cerita ni adalah sci-fi di mana satu kesalahan daripada saintis menyebabkan eksperimen dorang gagal and membawa kemusnahan terhadap seluruh pulau yang ada dlm cerita ni. Jadinya, pulau tu dibiarkan terbengkalai. 

Tak lama lepas tu, sekumpulan kawan dalam perjalanan dalam airplane nak pergi ke Pulau Langkawi. Something happened on the way and the airplane crashed. Lepas terhempas tu, semua terpisah antara satu sama lain sebab airplane tu pecah dua so satu bahagian kat sini and the other part kat tempat lain. Dalam perjalanan dorang nak carik antara satu sama lain tu, dorang dapat discover apa yang ada kat pulau ni. Masa ni lah terjumpa dengan dinasour2 yang merupakan penghuni pulau tu semenjak pulau tu ditinggalkan. So bermulalah episod survival

Tinggalan-tinggalan pulau yang masih ada, dorang siasat and lastly, misteri pulau tu pun terbongkar. Yang menjadi kejutan at the end of this novel, ada plot-twist. Rupanya watak 'Qarin' yang membawa imej jahat and misteri dalam novel ni adalah salah seorang dari watak utama iaitu Afiq yang datang dari masa depan. Apa tujuan dia datang? Apa yang dia nak? 

Dan lagi menambahkan unsur saspens and a bit of confusion adalah rupanya watak2 dalam novel ni semuanya dah mati. Yang terselamat dari pulau ni hanyalah seorang. Tekalah siapa? Ya, Afiq. Antara kawan2 dia, ada seorang perempuan yang dia sayang and cinta. Sayangnya, perempuan tu yang namanya Ummu Habibah turut mati bersama kawan2 dia yang lain. Jadi korang agak2 apa tujuan Afiq datang balik ke masa lalu? 

Supaya dia dapat berjumpa dengan Ummu Habibah, perempuan yang dia sayang and sanggup buat apa sahaja untuk selamatkan perempuan ni dengan tujuan untuk sehidup semati dengannya. Tapi malangnya, tak ada siapa yang mampu mengubah takdir

Ya, Afiq memang hebat sebab mampu memanipulasi waktu sampai dia boleh kembali ke waktu setahun yang lalu. Manusia merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah mengatasi segala-galanya. So in the end dia masih tak dapat memiliki Ummu Habibah sebab akhirnya, dia yang menjadi korban atas keberanian dia 'bermain' dengan masa.


Ulasan :




Overall, aku bukan peminat cerita yang ada dinasour so masa memula baca novel ni, aku agak menyesal lah kan. Dahlah tebal, so rasa cam lama je nak habiskan novel ni. Tapi lama-lama baca, dah sampai tengah novel ni, baru rasa seronok nak baca sebab selain dinasour and sci-fi, novel ni sangat menekankan persahabatan. Dalam novel ni korang boleh rasa yang watak dalam cerita ni sangat menjaga and sayang dekat kawan2 dia. Sampai sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk selamatkan kawan2 yg hilang. Ada jugak watak yang pada mulanya korang rasa annoyed sebab perangai dorang, tapi at the end, akan diterangkan sebab kenapa dorang jadi mcm tu and perasaan kesian tu pun datang dekat watak tu. 

Pasal ngeri pulak, ada sikit2 je lah bagi aku. Jangan risau, it's not even close to Final Destination. Sebab kalau mcm FD, aku dah campak buku ni jauh2. Geli beb huhu

Ada jugak diselitkan cerita mistik atau senang cerita, cerita hantu lah. Tapi boleh dikatakan novel ni 80% Sci-fi and the rest of 20% je yang ada pasal seram-seram and hantu-hantu ni. Sikit je kan? tak cukup lah untuk buat aku rasa takut untuk pergi toilet memalam huhu.

Tapi aku salute dengan penulis ni sebab dia boleh explain satu2 kejadian yg kebanyakan bermain dengan plot twist. Pening sikit lah kan nak faham, dah nama pun plot twist. Memang twist habis lah huhu.

Apa pun, part favourite aku adalah ending dia and of course, plot twist dia. Masa ni lah baru faham apa yang jadi masa awal2 novel ni.



Ringkasan plot novel ini

Secara kesimpulannya, 

Luaran buku     :  ðŸ’—💗💗💗💗

Cara penulisan  : 💗💗💗💗

Tema cerita       : 💗💗💗

Ending              :  ðŸ’—💗💗💗


Alright, itu lah first review yang aku buat, kalau tak best jangan kecam because I'm no professional. Sebarang komen untuk penambahbaikan boleh tulis kat bawah. Okay, see ya in next entry 😊

















Monday, January 30, 2017

Kem bina semangat @ Rambai

Aihh nikmatnya duduk rumah time cuti cenggini weyy.. Time ni lah nak qadha tidur ufufu. Anyway, tadi scroll-scroll gambar, terjumpa lak gambar2 dekat camp. Camp apa? Hehe tahun lepas, aku and beberapa member kelas terpilih untuk pergi satu kem yg dianjurkan fakulti. Kem ni katanya untuk student yg mcm, dijadikan harapan lah kan oleh pihak fakulti untuk dapat graduate, dapat first class degree cenggitu ler. Haha lepas tgk result sem ni, aku rasa cam tak layak jer aku g camp tu hahahahaha *nangis*

Anyway, Nak ceritanya, camp tu besttt sangatttt. Serious wa cakap. Kem tu 2 hari 1 malam je, dibuat dekat Sungai Rambai. Nama tempat tu homestay ape entah tak hengat. Best sebab aktiviti dia sangat banyak and tak sempat langsung lah nak lepak2 rilek2 kat bilik. Aku ni lak dah bertahun tak pergi camp, so nervous lah sikit bila nampak aktiviti dia haha

Bertolak

So kitorang bertolak hari sabtu pagi, lepas subuh lagi aku dah gerak g fakulti. Bukan saja nak gerak awal, dah diberitahu suruh sampai before 7 kan, so gigih lah gerak awal pagi ngan member2 sekalian. Sampai je kat fakulti, aikk mana bas? Kata nak gerak kol 7? Haha aku lupa kita ni dekat Malaysia. Orang malaysia ni kaya dengan janji melayu. Ufufu. Merepot lah kitorang tgu. Nasib baik wifi fakulti ada so takde lah pishang sangat.


Masing-masing muka masih bahagia haha

Tak ingat lah kan bas dtg kol bapa, pastu sesi merebut tempat dalam bas pun tiba. Yes aku dapat conquer seat tepi tingkap haha. Perjalanan katanya dalam sejam lebih. Sempat lah lagi nak tidur so apa lagi, kesempatan jangan disia-siakan. Tapi guess what aku takleh tidur langsung sepanjang perjalanan. Nak tau sebab apa? Sebab aku cam tak yakin jer ngan pakcik bas ni haha. Dia bawak laju giler kot. Pernah tak naik kete laju gila sampai rasa tayar tak jejak jalan? Rasa melayang-layang je kete? Haa ni ko bayangkan bas rasa melayang. Memang tak tidur lah aku. Tak sampai sejam pun dah sampai. Aku rasa pakcik bas tu rushing lah tu sebab dah terlewat dari jadual asal. Tu lah sapa suruh lambat choi. Nasib baik selamat sampai taw

Sampai

Lepas dah sampai, aku tgk lah sekeliling. Wey aku jatuh cinta dengan tempat niiii. Hijau jer sejuk mata memandang. Pastu kitorang disuruh letak beg dulu, pastu dengar lah talk sikit kan. Kitorang diberitahu aktiviti lepas ni apa lah sume tu kan. Pastu kitorang g makan pagi dulu before start activity. Rules kat sini, lepas makan, ko buat mcm kat rumah kau, kena basuh sendiri ohoho. Tak kisah lah, asalkan tak kena masak sendiri ye dok.

Lepas makan, semua berkumpul untuk pembahagian group. Ada 3 group, Satu group 10 orang camtu. Aku arrange kan baik punya last last aku dapat satu group ngan member aku yg tudung oren ngan shawl biru tu. Haha terbaek lah. 

First activity : Explorace

Aktiviti pertama ni explorace. Ada lah fefeeling Runningman sebab kena carik clue sendiri. Kena tanya orang kampung suma, tempat semua kena carik sendiri. So maksudnya kitorang kena keluar lah dari homestay tu, then carik rumah2 orang utk kitorang selesaikan mission. Acewah haha

So kitorang merantau lah keluar dengan taktau apa2 except utk cari rumah sapa. Kat mana rumah tu? Haa kitorang kena carik orang kampung, atau stopkan kereta ke motor ke, asalkan boleh tanya. Memang kitorang dah mcm kanak2 sesat tau nak stop kan kereta orang lalu lalang. Yang sadis nye tu wey, tak sorang pun yg berenti. Haha. Last2 tanya je lah dekat makcik pakcik yg kitorang jumpa. Berdasarkan maklumat yang diberi, kitorang cariklah rumah2 tu. Jauh baq hang. Adalah kena jalan dalam 1 km. Matahari dahlah tengah pacak atas kepala. Sampai checkpoint pertama, mulalah penyiksaan pertama.

So utk yg first ni, kitorang kena pindahkan katak dari satu baldi ke satu baldi. Sebelum letak katak tu, kena cium dulu gais. Maigad. Itu lah first time aku pegang katakkk. Okay mission complete. Ada plak hidden mission lepas tu. Ketua kitorang, disuruh sebut nama ahli group sorang2. Errr yang tu fail. Yelah kitorang baru jumpa. Dia tak sempat hafal nama semua orang lagi kan.

So kena lah hukuman kan. Ko nak tau, hukuman tu buat aku fobia dengan pisang hampir sebulan jugaklah. Hukuman dia, sorang2 kena masukkan pisang dalam mulut pastu pass dari sorang ke sorang. DENGAN MULUT GAIS. Pergh mmg muntah lah cerita dia. Last skali ketua lah kesian sebab dia last sekali ke masukkan dalam mulut pastu makan kalau tak silap. Antara lelaki ngan pompuan kalau nak pass kena guna tangan lah kan, takkan mulut gak aish. Tapi aku mmg fobia lah nak tengok muka member aku tu sebab aku kena pass pisang kat dia guna mulut wey. *uwekkk*

Iyekk... habis jer kat situ, kitorang pergi next checkpoint. Kat situ mission dia kena isi air bagi penuh dalam satu paip ni. Paip tu adalah paras pinggang aku. Besar gak lah sebab kalau genggam dgn dua tangan pun tak lepas. Masalah utama diaa, Paip tu berlubanggg. Banyak gile kot lubang. So in order to fill water into that pipe, kenalah tutup lubang2 tu dengan jari ke, mulut ke, asalkan lubang tu semua tertutup and air dapat penuh. Haha penyiksaan lagi. Sebab aku jaga lubang kat bawah, memang aku kena jirus lah air dari atas. Memang kitorang mandi free pagi tu. Penyiksaan kedua, ada lubang2 yg tak dijaga sangat, air keluar lah dari lubang tu. Kau bayangkan keadaan aku time tu, nak kena tutup lubang yg aku jaga, jari cream wey (dak wechat detected), pastu air masuk dalam mulut plak dari lubang2 yg tak dijaga, kena jirus air dari atas lagi. Perghhhh aku tak tau lah bapa lama tapi mmg rasa lama sangat. Jari dah tak rasa jari dah. Kaki lenguh sebab kena menyangkung lagi. Last2 kitorang tak berjaya siapkan dalam masa yang ditetapkan. Denda dia? Kitorang kena pergi berendam dekat err apa ek. Paya pun bukan. Aku tak sure nak panggil apa. Yang penting dia ada air lah haha. Air paras bahu doh. Dalam tak dalam? Kau rasa?? Ada selut plak tu haha memang kena sedut lah cerita dia. Lepas semua orang dah masuk air, kitorang disuruh tahan nafas dalam air. Bab ni aku okay lagi. So tahan lah nafas dalam tu. Tak lama pun kejap je. Pastu nak keluar tu azab. Nak kena tarik kaki dari selut ingat senang ke haa. 

So move on to next checkpoint. Kat sini, kitorang disediakan satu baldi yang ada banyak tali, and banyak jugak lubang. Ada satu botol air. Kat sebelah sana ada sumber air. Kat sini ada lopak yg penuh dengan lumpur. Cuba teka kena buat apa? Kitorang kena jaga satu tali sorang, angkat baldi yang berlubang tu, isi air dekat sumber air tu(paya ke ek, entah) pastu angkat baldi tu, lalu dekat lopak lumpur tu yang dalam jugak lah, pastu naik, isi air tu dalam botol air. Kat sini memang aku sadis lah. Sbab aku banyak kali jatuh. Sbab lopak lumpur yg aku lalu tu steep. Curam. Memang licin. Aku cam nak nagis sebab mcm lambatkan budak group aku. Hmm sedih. Pastu plak time aku terjatuh, lutut aku terseret. Seluar aku koyak. Lutut aku? Darah. Erm memang pedih lah tapi tu aku tahan lagi. Masa ni lah jugak sport shoes aku terkopak wey. Haha bertambah2 kesadisan. Yang aku kesian sebab aku cam lambat sangat. Tapi alhamdulillah kitorang dapat siapkan tanpa kena denda. Walaupun tak kena denda tapi mcm kena denda sebab checkpoint ni yang paling susah.

Alright fourth checkpoint out of 5. Kat sini nampak cam rilek sikit lah. Kitorang disediakan satu talam yang ada dalam 10 benda mcm kacang hijau, kacang merah, cengkih haa mcm tu lah. Kena asingkan semua dalam allocated time. Masa kitorang sampai tu, group lagi satu tak habes lagi. So kitorang boleh duduk2 sambil tgu dorang. So terdampar la kitorang haha. Sambil tgu tu, sempat selfie lagi (nasib baik bawak phone, sebab patutnya tak boleh bawak phone, tapi aku kan degil haha)


Haha muka masing2. Btw, tangan aku tu tengah cover seluar aku koyak kat lutut ufufu


Sampai je turn kitorang, kena lah berhimpit2 10 orang duduk keliling satu talam. Haha tak muat katakaw tapi nak buat cemana kena gaklah duduk. Pastu dah asing baek punya. Settle. Ingat kan dah habes lah kan. Dia suruh namakan satu2 benda tu lah pulakkk. Aku terus terang cakap memang fail bab ni. Nasib baik member aku ni pandai belaka. Tapi ada satu ke dua yg dia tak dpt jawab. Last2 kena denda gak lah cite dia. Denda tak susah. Kena ketuk ketampi. Tapi kena serentak semua orang, Kalau tak serentak kena ulang balik. No problem lah haha.

Last checkpoint. Kitorang sampai dekat satu kawasan lapang. Pastu abang yg jaga checkpoint tu pun explainlah kat kitorang game ni cemana semua tu. Aku tak ingat nama game tu tapi cara main dia, ada batu bata disediakan, kitorang kena menyeberang 'lautan api' yang disediakan kat tengah2 kawasan lapang tu. Nak melintas tu kena guna batu bata tu. Batu bata yg disediakan tak banyak. So maksudnya kalau nak teruskan perjalanan, bata yg dekat belakang kena di pass kan dekat orang depan. Haa paham tak? Kalau terjatuh, kena start balek. Masalah nya, kitorang, antara ahli group, kena connected. Mcm mana? Samada pegang tangan, pegang baju, pegang botol ke, dahan ke ranting ke, asalkan tak boleh terputus sampai lah semua orang boleh menyeberang 'lautan api' tu. Kitorang yg gegirls diletakkan bahagian belakang. So budak laki lah yg start dulu. Kitorang kena restart banyak kali sebab mmg susah lah. Last2 kitorang pilih didenda sebab mmg tak boleh buat. Kitorang yang pompuan tak sempat pun lagi naik atas batu bata tu. Haha aku lega sebenarnya. Denda dia senang jugak. Kitorang kena bersihkan lalang dekat satu bahagian ni. Takde masalah. So kitorang setel lah jugak explorace.

Kitorang berkumpul kat satu tempat ni. Group kitorang last kowt sampai haha. Memang tak menang. Tapi at least kitorang had fun sesangat. Tak kisah pun tak menang ye dok. Disediakan lah air sirap utk kitorang. Mmg aku minum tak ingat dunia wey. Pastu ada lah ucapan sikit dari abang2 yg jaga checkpoint tu semua kan. Last skali kitorang amek gambar huhu

Inilah budak group aku yang sporting habes <3

So lepas tu kitorang kena jalan balik ke homestay. Masa jalan balik tu terasa jauhhh sangat. Tadi time memula tak rasa sangat sebab semua still excited. Sekarang ni semua dah barai haha memang terasa lah penatnya tu.


Second activity : Mencanting batik

Kitorang kena pergi kat satu tempat ni, pastu kitorang nampak ada peralatan mencanting batik. Pastu sorang abang tu buat lah demo cemana nak canting batik. Cantik plak tu dia buat. Aku yang pompuan ni pun tak tentu lagi boleh canting batik camtu punye cantik huhu. Pastu sorang kena amek satu lukisan yang dah disediakan. Kitorang tinggal kena warnakan jer. So lepas dah amek warna, berus semua, duduk lah semua orang. Abang tu kata, ni mcm coloring therapy lah sebab tadi kitorang dah didera habis-habisan so skang masa untuk rilekkan minda, rilekkan badan. 


Acah khusyuk hahaha


Third activity : Kerjasama!!

Lepas asar, kitorang kena g padang. Aktiviti petang ni melibatkan kerjasama antara semua orang dalam group. Kitorang kena buat apa? Okay. Ada batang paip, Ada tali rafia. Kitorang kena sambungkan 3 tali rafia dekat each end of the pipe pastu ketua diri kat tengah and kena sambung kan paip tu sampai tinggi. Kena pastikan paip tu tegak dengan cara, pegang tali rafia tu tegang2 so that paip tak bengkok. Sorang ada yang kena pegang 3 tali rafia. Memang mcm2 lah jadi. Group kitorang jenis yg slow and steady. Group satu lagi tu mcm kelam kabut sikit so banyak kali lah paip diorang tu bengkok menyembah bumi, so dorang kena start balek. Last2 kitorang menang dengan bilangan 6 ke 7 paip, so memang tinggi lah huhu.


Game ni sangat memerlukan semua ahli group aktif and peka supaya paip tu tak bengkok. Btw ketua group aku yang lelaki kasut kuning tu


Fourth activity : ATV

Okay, kitorang main game tu sebab nak tgu turn utk aktiviti yang selepas ni. Lepas meraih kemenangan, kitorang berkumpul kat ladang kelapa sawit kat belakang homestay tu. Aktiviti ni paling best sebab kitorang boleh naik ATV!!! Pergh mmg impian aku doh nak naik menatang tu. SO apa lagi, dah dapat pegang memang aku press minyak habis-habisan. Siap boleh racing lagi ngan budak kelas aku. Err yg malang nya aku kalah. Wey kena bahan seminggu doh. Hmphh.. Tapi mmg best lah. Memula aku bajet cam taknak kotor2 sangat sebab sport shoes aku tak kering lagi so aku pakai sneakers je. Kalau sneakers pun kotor habis lah kasut. Last2, persetankan semua tu. Aku main puas2 sampai lumpur habis kat tudung. Kasut, tracksuit, tayah cite lah.. haha asalkan aku happy. Bila lagi boleh naik benda tu

Ni before kena lumpur haha



Fifth activity : Solo drop

Lepas maghrib, kitorang berkumpul kat dewan makan. Untuk apa? Untuk makan lah haha. Pastu katanya lepas makan nanty ada cam presentation lah. Kitorang akan disuruh cakap pasal apa yang kitorang dapat sepanjang hari ni. Okay lepas makan, tetiba member aku ni mcm tak sihat. Dia mengadu sakit dada. Sebab harini mmg tough sangat aktiviti dia. Member aku ni dah lama tak lasak2 camni so sakit dada la. Aku dah risau dah. Pastu aku ngan sorang lagi member kitorang disuruh teman dia g rehat kat bilik. Aku urut la apa yang patut. rupanya dia masuk angin. Bila aku urut mmg sendawa memanjang. Pastu dia tidur. Aku ngan sorang lagi ni amek kesempatan lah tidur jugak haha. Pastu aku terjaga sebab roommate lain yang terdiri dari akak2 senior masuk. Dorang kata nak start dah next activity. Member aku yg sakit tu kena la sorang teman. So member aku tu teman dia and aku kena pergi gak lah activity tu huhuuuu 

Aktiviti malam ni katanya night walk. Aku ni boleh dikatakan dalam berani still penakut lah sebab since kecik mmg penakut level 999. Dalam group tu aku tinggal sorang je lah pompuan sebab member aku dua orang tu tak ikut kan. Adoi aku nak pegang sapa ni. Pastu masa taklimat, dia kata dia tukar aktiviti. Tak jadi night walk. Digantikan dengan solo drop. ADOII. Night walk lagi okay bagi aku sebab kalau takut pun ko boleh lari lagi. Solo drop ko kena tinggal sorang2 kot. Nak lari takut sesat nanti. Duration dia 2 jam. Erk. 2 jam, kena tinggal dalam ladang kelapa sawit? Wey aku dah kecut perut doh time tu. Aku group 1. So kitorang first kena masuk dalam ladang tu. Gelap yang teramat. Aku ni plak rabun malam. Adoi tak nampak apa. Nasib kawan aku sorang ni baik dia tolonglah aku. Kalau tak serious aku tak leh jalan sebab tak nampak apa.


Taklimat before start solo drop. Abang tu bagi nasihat lah apa sume. Time ni aku dah berpeluh dingin >.<



Pastu aku ditinggalkan sorang2 kat satu pokok ni. Kat bahagian hujung ladang lah jugak. Okay first thing yang aku buat? Aku duduk dulu. Carik position selesa. Sandar kat pokok lah yang pasti sebab orang penakut mcm aku ni takde makna nya nak duduk kat tempat lapang. Orait. Memula aku okay lagi. Aku siap tertidur lagi. Bangun tidur, aku tidur balik haha. Pastu dah terbangun tak habes2 lagi. Aku bawak keluar phone. Haha mmg tak boleh bawak phone tapi aku kan degil. Pedulik plak aku hahaha. Pastu nak hilangkan rasa takut, aku whatsapp orang haha. Nasib ada line. Pastu aku main game. Tengah leka main game, aku dah start dengar bunyi2 kat belakang aku. Erk. Teruskan main game, Buat bodo. 'Dia' main2 dengan dahan2 kelapa sawit tu. Dia cakar dari atas sampai bawah, Adoi. Aku buat bodo je. Aku cakap dalam hati 'tu abang fasi tu'. Kitorang ada password 'tulang'. Kalau dia one of us, dia akan jawab 'belulang'. Kalau dia diam tu, maksudnya paham2 lah sendiri yaw. 

Aku tak berani doh cakap password tu. Kalau dibuatnya dia tak menjawab, mampus aku kejung kat situ weyy.. haha so aku teruskan misi membuat bodoh sambil main phone. Pastu aku rasa 'dia' marah kot aku main phone sebab makin hebat plak permainan dia kat belakang aku kan. So aku simpan phone, baru 'dia' cam reda sikit. Tetiba, boleh pulak aku terdengar ada orang karaoke dekat jalan seberang. Pastu dengar plak bunyi motor lalu lalang. Haha ceritanya, aku tak takut lah jadinya. Nasib baik wey. Kalau tak maunya aku nangis kat situ gak wey.

Lama-lama duduk, aku bosan. Pergh bosan yg teramat. Nak main phone, 'dia' kat belakang marah. Nak tidur, tak boleh dah. Aku pandang kiri kanan. ZUP. Jap. Apa yg aku nampak tu? Aku pandang kanan aku, aku ternampak mcm ada orang yg duduk peluk lutut. Masalahnya, dia bertanduk. Erk. Aku telan air liur. 'apa tu?', 'siapa tu?', 'orang ke tu?', 'abang fasi ke?'. Macam2 soalan ada dlm kepala aku. Tapi aku tgk dia diam je, so aku cuba rilekkan diri. Okay kujay, rilek kujay. Aku pandang dengan ekor mata, dia duduk diam je. Okay, Takpe. Jangan ko gerak sudah mmg aku marathon dalam kelapa sawit ni.

Lepas dah tersangat kebosanan sampaikan rasa takut sume dah hilang, akhirnya abang fasi jemput aku jugak akhirnya. Benda first yg aku buat lepas aku bangun? Aku on flashlight pastu suluh belakang pokok tempat aku duduk. Guess what? Takde siapa. Erk. Gulp. Jadi yg tadi kacau2 aku tu siapa? Atau apa? Adoi. Pastu aku suluh 'orang' yg aku nampak tadi. Lahhh rupanya tu tunggul kayu lahh. Nampak tak, kalau time takut imagination mmg hebat lah huhu

Okay dipendekkan cerita, semua orang boleh balik and tidur lepas seharian penat dengan aktiviti yg non stop dari mula sampai hingga lah tengah malam...

Sixth aktiviti : Talk

Pagi tu, lepas dah mandi, solat, pastu g makan. Pastu kena pergi dewan balik sebab ada talk dari lecturer2 yg hadir. Menarik gak talk dia, tak bosan lah mcm talk2 yg biasa. Kat sini tak banyak lah nak cerita kan sebab korang tau lah talk buat apa je kan huhu

Last activity : Masak!

Orait. Lepas tu kitorang ditugaskan masak sendiri lunch kitorang. Nak masak kena lah ada periuk, senduk, bahan masak kan? Kitorang kena 'beli' sendiri barang tu semua. Duit? Kitorang akan dapat lepas selesaikan mission. Group aku ditugaskan kemas surau. Pergh. Aku syak surau ni mmg tak pernah orang gunalah. Dia punya habuk tu tayah cakap lah tebal dia. Selesai je kemaskan, kitorang balik kat tempat asal tadi and collect 'gaji'. Seringgit lebih je huhu. So belilah periuk, senduk, bahan masak guna duit tu. Nasib barang sume murah, harga mcm seposen dua jer. Orait what next? Nak carik tempat masak lah plak. Tetiba hujan plak. Alamak aku cepat2 pergi carik kayu sebab nak buat kayu api. Pastu lepas dah setel api suma, start lah masak. Lauk kitorang adalahhh.. jeng jeng jeng.. Nasi goreng sardin pattaya. Ha kau. Performm haha.

Yeah itu dia. Haha

Lepas masak, kitorang bawaklah lauk kitorang masing2 g dewan makan utk di judge oleh para hakim. Hahaha. Well luck tak menyebelahi kitorang, so tak menang. But seriously, I don't really mind menang atau tak. Sebab we really had fun that day. Kenangan tu lah yg penting sebenarnya. Title menang or kalah tu sekejap je, ye dok?


Thanks to my group, Really had fun selama 2 hari ni.

So lepas makan semua, boleh balik bilik and kemas apa yang patut sebab nak balek dah. Sedih lah plak en nak balek dah. Sebelum datang camp ni bukan main tak nak datang lagi sebab takut kena buli. Haha ni dah kena buli, dah kena seksa semua, tapi rasa seronok lah kat sini. Hmm lepas dah siap kemas, bas pun dh tunggu so apa lagi, naik bas. Sepanjang dalam bas, kerja aku melalak, nyanyi2 pastu dah penat, time to sleeppp.. 

So berakhirlah camp selama 2 hari 1 malam aku. So far, aktiviti ni yang paling best pernah aku attend sepanjang aku kat UTeM ni ufufu. Sangat best. Harap dapat pergi lagi tahun 3 nanty. Tapi result kena okay lah haha. Okay gais, itu sahaja. Thanks for reading until this very sentence. Love yaa <3

See ya when I see ya












Sunday, January 29, 2017

Aku Dak Mechy II

Post ni sambungan dari post last post detected : Last year. Haritu kan aku cakap nak cerita and kongsi sikit lah pasal final exam sem 3 yang berakhir pada 4.1.2017 haritu, so here it is~

Paper first aku Hubungan Etnik pada 28/12. Utk paper ni semua rilek lagi.. prgi exam semua still gelak-gelak, happy-happy, keluar dewan lak muka semua bahagia jer. Yang keluar awal pun ramai. Aku tak keluar awal sebab lecturer aku dah warning kalau dia nampak student dia keluar awal, dia akan duduk kat seat kitorang and tanda paper kitorang on the spot tu jugak. Haha seram rasanya, so aku tak keluar lah. Paper haritu malam so balik je pergi makan and boleh tidur dengan bahagia aman damai nya. Esok nya, bangun je pagi, ZUPPP anxiety aku tinggi balek. Dah start dah risau utk next paper, Solid Mechanics 1. So apa lagi? Start lah study balik, sambil-sambil study tu, sempat gak pergi MITC, cuci mata tengok buku kat sana, sempat lagi beli seketul dua novel seram. Huhu bukan apa, aku risau gak stress sangat kan, nanty tak pasal-pasal demam plak aku. Kan lagi susah. Lagipun, perasaan rilek tu dah datang dalam diri sebab dah start study awal. Haaa itulah kegunaan study awal. Lagi-lagi untuk orang yang ada masalah anxiety macam aku ni. Kalau biar kan last minit study, anxiety aku naik. Bila anxiety naik, aku jadik mental breakdown tau. Mmg sah lah tak leh study dah kalau gitu.

Tup-tup sampai lah 30/12. Paper aku malam. So pagi sampai petang tu ada masa utk revise lah kan. Alhamdulilllah aku kata. So malam tu aku pergi lah dewan naik kete member. Dalam kete, masya Allah. Senyap jer. Aku pun senyap je pandang depan tak kalih-kalih kot lain. Nervous punya pasal. Beza betollah daripada masa nak g exam etnik haritu. Takde dah memekak ikut radio, aku pun tak de buat lawak hambar. Haha. Semua orang dah rasa dah tension in the air. Fuhhh. Sampai dewan, wey dari luar lagi dah nampak cermin dewan tu berkabus. Nampak sangat dewan sejut yang amat. And memang tak salah. Aku rasa suhu air cond dia letak suhu negative kot. Sejuk giler kot. Jawab exam sambil menggigil wa cakap sama lu. Aku konfius lah, aku amek exam kat UTeM ka kat kutub utara. Memang padan lah sebab dewan besar kitorang tu mmg femes dengan gelaran peti sejuk.

3 jam kemudian, akhirnya habis jugak penyiksaan. Dahlah sejuk giler. Paper susah giler. Tapi aku bersyukur sangat aku boleh jawab. Alhamdulillah. Solid ni 99% calculation lah. Dia macam fizik. Yep dia mmg fizik lah senang citer. Ko belajar pasal structure sesuatu benda tu and reaction dia kalau dikenakan daya mcm bending(bengkokan), torsion(kilasan) etc. Pastu kena kira force dekat satu-satu point. Kena gak kenal pasti samada dia compression atau tension. Haaa gitu lah serba sedikit. Nak tau lebih, belajar lah yew.

Next, paper Electrical System, 2/1. Sama gak 3 jam. Tapi bersyukur yang amat sebab spot yang lecturer bagi mmg tepat 100%. Fufu lega lah sebab aku mmg tekan kan yang spot tu je. So overall Alhamdulillah boleh jawab. ES ni subjek dia pasal electric lah. Pun 99% calculation. Benda takleh nampak en so kena banyak imagine. Kena faham theory dia dulu and paling penting, korang hafal je lah cara nak solve soalan dia. Selalunya soalan dia lebih kurang jer. Contoh nya soalan 1, ada pecahan dari (a) sampai (l), selalunya setiap anak soalan tu dalam 2-3 markah. Paling tinggi 4. Nak solve dia senang sebab guna formula jer. Tayah banyak fikir macam solid. Tapi kalau tak faham memang kosong lah kertas korang nampaknye huhu.

Yang paling haru, paper aku straight 3 hari doh. Memang pressure lah jugak kan, tapi lagi cepat habis lagi bagus sebab keadaan kitorang boleh dikatakan tak terurus dah ufufu. So next day, 3/1, paper Fluid Mechanics 1. Pun 3 jam jugak. Pergh paper memang sangat susah. Memang lain dari yang belajar. Sebab apa? Sebab dalam kelas belajar theory je. Itu pun banyak nak kena cover so memang tak sempat lah lecturer nak tunjuk satu-satu soalan application kan. Ada pun sikit-sikit. Dalam exam memang 90% soalan application. Memang ternganga lah kebanyakan student yang jawab paper fluid haritu.

Before exam, aku rajin gak lepak kat bilik lecturer fluid aku. Seronok borak ngan dia. Dia baik sangat. Dia layaaan je apa yang aku nak cerita or tanya. Pastu aku ada gak cucuk-cucuk dia tanya pasal soalan spot. Ha ha hambar. Dia tak bagi langsung. Takpe lah aku kata, sebab fluid memang aku dah cover awal. Alhamdulillah sekali lagi. And memang dia ajar dalam kelas, aku memang faham sangat. So aku rasa fluid tak susah macam subjek lain. Yang sadis nya, format paper pun kitorang tak tau taw. Berapa soalan semua tu, kitorang mmg tak tahu. Nak rujuk kat paper past year, takut tak sama kan. Anyway, aku ngan roommate aku mmg balun lah buat paper past year. Soalan mmg tough lah. Sebab tu aku tak culture shock sangat masuk final. Masa lepak ngan lecturer aku, dia ada lah cakap, suruh kitorang scan and fahamkan macam mana nak buat soalan dari buku teks sebab soalan memang sah lah keluar dari situ kan. Aku balik, aku tengok lah solution buku teks. Ko bayangkan, 1000+ pages aku scan wey. Berpinar bijik mata

Fluid ni, konsep 50%, calculation 50%. Subjek ni pasal fluid lah. Benda yang bergerak. Velocity fluid kalau masuk dari tempat besar, keluar tempat kecik macam nozzle contohnya. Apa yang berubah and apa yang constant. Then ada satu formula ni ko kena hafal. Memang panjang sikit lah tapi kalau selalu tengok In Shaa Allah boleh hafal. Nama dia Bernoulli Equation. Dari satu equation ni, ko kena derive ikut situation paip/turbine/nozzle atau apa saja device yang digunakan, so lepas derive, formula tulah yang ko kena guna untuk calculation for that particular question. Susah? Taklah. In Shaa Allah subjek ni agak senang berbanding yang lain (bagi aku lah)

So yeah. Habis paper fluid, next paper is Thermodynamics 1. 4/1. 3 jam jugak. Pergh semua paper 3 jam. Dengan dewan sejuk gila brrrr.

Erm.. last paper ni aku sedih yang teramat lah. Sebab apa? Aku rasa aku mcm dah hancurkan harapan lecturer favourite aku kowt. Aku mengaku, utk paper ni yang aku paling sedikit preparation sebab aku pandang rendah kat subjek ni. Aku kata 'Alah subjek ni, senang jer. Boleh ni last minit'. Hamek kaw. Menyesal tak sudah wey. Sebab paper senang. Aku tau sebab soalan tu semua aku pernah jumpa and pernah review. Malangnya, aku tak ingat langsung mcm mana nak buat. Paper aku banyak giler kosong. Masa sir lalu, aku rasa aku pandang dia dengan pandangan berkaca-kaca sambil dalam hati kata 'I'm sorry sir to disappoint you'. Nampak mcm drama kan? Tapi itu lah kenyataan nye. Hewhew *nangis bucu katil*

Lagi satu sebab aku sedih, sebab paper thermo paling senang tapi aku takleh jawab. Lagi pulak, paper last ni aku ingat nak happy-happy lah. Last last ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tngah hari. Aku akhiri final sem 3 aku dengan tangisan. Haha sadis bukan cerita beta.

Pastu 6/1 aku bertolak balik. Alah 2 jam jer perjalanan. Sampai-sampai tu hilang dah sedih aku sebab abah umi belikan pizza berapa hari straight entah haha. Terubat lah kesedihan ni dengan makanan.

Tapi.....

Budak kelas aku kecoh dalam group whatsapp. Aku skiplah sampai result full pun keluar. Tapi result tak official lagi lah. Guess what? Thermo aku... dapat D+. Hmm. Dah agak. Pointer memang tarik habis lah. Yang lain semua okay lah. Tak fail. Kalau fail nanty problem aku nak sambung sem 5.

Memang ramai yang tak dapat pointer lepas 3. Hmm overall memang drop lah result. Madam fluid aku pun cakap, memang subjek tough-tough yang kitorang amek, so tak surprised lah kalau banyak yang jatuh pointer.

Anyway

I'd tried my hardest, strived the strongest utk sem ni. Aku tak menyesal sangat sebab aku tau aku dah study, tutor pun mmg aku buat, past year pun aku buat, Nota memang aku buat lengkap. Alhamdulillah. Ini ujian buat aku. Takpe. Sem depan ada lagi. Aku akan cuba lagi. Target aku? 4 flat. Supaya aku boleh cover balik pointer. Amin. 

So kesimpulan untuk semester 3 ni, aku dapat listkan cara cara yang agak efficient untuk aku study
  • Fokus dalam kelas. Ini basic lah. Cliche kan. Tapi berkesan baq hang. Stop lah main phone dalam kelas, Senang citer, ko nampak jer lecturer masuk kelas, ko campak je lah phone tu dalam beg. Lagipun, bila kita main phone ni, bukan jer kita tak fokus, tapi lecturer pun boleh terasa tau tak. Bila aku dah stop main phone ni, aku dah start fokus kat lecturer aku. Haritu aku ternampak muka lecturer aku macam berubah, mcm kecewa bila dia nampak geng-geng main phone dalam kelas aku. Sejak tu memang aku nekad lah. Taknak lah buat lecturer terasa. Tak berkat wey

  • Say no to mengumpat lecturer. Gemuk ke, cekeding ke, kau diam je lah. Broken english cemana pun, kau boh layan je. Jangan bila dak kelas kau start ngumpat, kau join sekaki berkaki kaki. TAK BERKAT TU ANAK ANAKKKK

  • Cari kawan study dengan tepat dan jitu. Kawan study ni penting au. Aku tak cakap pasal member yang duk semeja ngan kau, pastu duk main phone, gelak-gelak, pastu sekaligus mengajak kau ke lembah kelalaian. Nak carik member study, carik yang bersemangat nak study. Yang bila ko nampak dia, ko jadi semangat nak study. Haa itu baru thorbaek. Apa pentingnya member camni? Supaya, bila dia lalai, ko ingatkan. Bila ko lalai plak, dia ingatkan. Baru lah nama kawan till jannah. Aum sweettt

  • Baik dengan lecturer. Bukan jadi kaki kipas, kaki gosip dengan lecturer. Ingat ye. Jangan mengumpat lecturer lain dekat lecturer mana sekali pun. Woi kau carik nahas ke der. Kau hingat lecturer kau tu impossible ke dari kenal lecturer yang ko ngumpat tu? Lagi satu, sikap camni bawak impression buruk dekat diri kita. Ye lah, orang kata, kalau nak tengok mcm mana orang tu bercakap pasal kita, kita tengok cara dia cakap kat kita pasal orang lain.. Haaa gittew

  • Buat past year. Ni supaya kau tak culture shock, tak terkejut beruk dengan soalan dalam final. Lagi satu, mana tau kan, kalau lecturer kau copy paste je soalan past year. Haa sapa yang untung? Kau ler sebab kau dah buat, ye dok?

  • Prepare awal supaya korang boleh rilek sikit time dah dekat final. Korang boleh solat and beribadah dengan tenang. Solat tak terkejar sebab nak study punya pasal.

  • Jangan tinggal solat and jangan lewatkan solat. Ya tahu. Bizi. Nak study sebab banyak nak kena cover. Tapi jangan lupa pada yang memberi ilmu, okay?

  • Jangan pandang rendah kat any subjek. Jangan gais. Kalau korang taknak menyesal mcm aku lah kan. Ufufu *nangis bucu katil*
Okay, panjang lebau post kali ni, thx for reading until the end. Kat sini hakak nak lanje satu gamba yang hakak ambek masa study week

"I'm here for a good time, not a long time"


Cantek kan gambar tu? *BAIK KORANG CAKAP CANTIK, KALAU TIDAK....(music seram dekat background)*

Okay guys, see ya when I see ya


Aku Dak Mechy I

Memang kalau orang (especially the makcik makcik pakcikpakcik) dengar aku ni ambil course apa, memang diakui, 99.999% daripada dorang semua kagum. contoh-contoh dialog yang biasa aku dengar : "Wahh hebat course tu" atau "Pergh nanti kaya la", tak kurang jugak "Hebatnya perempuan ambil course mechanical" and the list goes on and on and on. Dengar course tu mcm gempak ye dak? Paling tak boleh blah, ada yang dah cop aku sebagai orang kaya. Dehek man. Aku baru habes 3 sem out of 8.

Okay lah. itu semua yang positif kan? Ada lah baru-baru ni, sorang hamba Allah ni, entah lah maybe dia nak provoke aku atau nak challenge aku kan, dia tanya, "Tak pernah ke dapat 4 flat?" dengan muka yang mcm aku nak bagi kaki. Maigad aku rasa masa tu berbulu je telinga mendengarnya. Mana tak nya, aku ni ha yang penat study, dia boleh selamba tanya tanpa fikir sensitiviti aku. Aku macam nak je kata "Engko yang bukan engineering pun tak pernah dapat 4 flat, hak tuihh", tapi tak sanggup lagi lah nak cakap camtu kan, nanty gaduh besar plak. But then aku tenangkan diri aku, aku cakap, "Takpe, aku ambik tu sebagai cabaran, hai ganbarimasu!!"

Tapi tu lah, apa yang aku nak cakap, engineering is not as easy as you might think. Ramai yang pernah amik physics, chemsitry and of course lah math dulu kan? Engineering is much deeper than that. Contohnya kat sekolah belajar ABC. Kat university, korang akan belajar ABC jugak, tapi ABC tu dkat first chapter je. Yang selebihnya tu (10 chapters sekurangnya), korang akan belajar lebih mendalam pasal ABC tu. Kalau kat sekolah dia just bagi formula. Kat university korang akan belajar mana dapat formula tu.

BUT WAIT !!!

Untuk korang yang baru habes SPM, or habes matrikulasi/asasi yang nak ambil mechanical nih, ambik lahh, Hakak tak kata pun course ni impossible. Sebab apa? Berbekalkan Minat, usaha dan tawakal, In Shaa Allah korang boleh. Kenapa hakak besarkan perkataan 'minat' tu? Sebab dengan minat yang membuak buak, lebih senang untuk korang bertahan dalam course ni sampaikan, even though korang rasa mcm tak boleh nak go on dah sebab susah, tapi lama kelamaan akan hadir satu semangat dalam diri korang yang akan yakinkan korang yang korang boleh buat, And semangat tu akan push korang dari satu sem ke satu sem yang lain.

Serious talk, aku nampak sendiri, ramai kawan-kawan aku drop out dari course ni. Dari sem satu lagi pun ada yang quit. Tak kira lah laki ke perempuan. Ha kau ingat pompuan ni tak compatible untuk course mcm ni? Lelaki pun ada yang tak sanggup taww.

Untuk mana-mana gegirl yang dapat course ni and korang dalam kerisauan yang amat sebab dengar cerita katanya pompuan sikit je la, pompuan tak sesuai lah whatsoever, put aside your worries and experience it yourself. Ha kau, mcm nak promote pun hado. Kalau dah minat, dah tekad, teruskan. Pedulikan apa orang nak cakap. Aku dulu pun ramai je ragu-ragu dengan keputusan aku nak ambil mechanical. last-last aku tutup mulut dorang dengan result yang aku dapat. p.s mulut orang tak boleh tutup

Dalam mechanical perempuan mmg sikit gilos. Boleh kira dengan jari. Kalau kat sekolah, laki mcm nak pupus sebab sikit sangat. Dekat mechanical, pompuan yang mcm nak pupus haha. Tak sikit yang culture shock bila nampak laki. Tak kurang jugak yang tergedik-gedik sebab ada ramai laki. Ya ampun berbulu mata aku, nak sepak-sepak je rasa makhluk mcm dorang ni.

Kelas aku yang happening. Sayang korang <3


So hakak nak pesan, dah ambik degree ni, cubalah berdikari dek non oi. Cuba buat sendiri dulu praktikal or experiment tu. Jangan sikit-sikit nak harap laki. Nanty kau nak keje mcm mana kalau semua benda kau tak reti? Dalam satu group biasanya nisbah dia 2 pompuan 5 laki, atau biasa jugak sorang je pompuan dalam satu group. Ramai yang hakak tengok, pompuan2 ni suma time experiment bukan buat keje pon, dok melepak, selfie selfa, gelak-gelak, paling hebat pun catit data. Yang laki je lah yang terkontang kanting buat keje. Adoilah.

Memang hakak ngaku, banyak benda yang pompuan terbatas nak buat. But at least participate lah. Ambik tahu lah mcm mana mesin tu function. Nanty nak tulis individual report tak de lah nak copy orang lain punya. Choi betol

Ramai yang kata pompuan mechanical ni dikaitkan dengan 'tough'. Yep. Benda biasa. Seriously, benda biasa. Tak hairan lah dak kelas aku pernah panggil aku 'abang Jai'. Haha. Terasa taiko di situ yaw. And lagi satu, student engineering dan 'selekeh' tak dpt dipisahkan. Betol ke? Eh takde lah. I mean, ikut lah individu tu mcm mana kan. Kalau mmg jenis dress up, so imej dia mmg tip top aje lah kan. Kalau macam aku ni, mmg selekeh azali so sejak masuk engineering ni makin sememeh lah aku huhu (nangis bucu katil)

Tak dapat dinafikan lah, kalau budak engineering berdiri sebelah budak bisnes, memang mcm langit ngan bumi katakaw. Nak buat mcm mana, kitorang ni deal dengan benda yang tak berapa nak bersih kan. Kau hengat lab, workshop tu bersih suci murni ke? Ada aircond ke? Kalau kau pakai skirt, tak ke susah kau nak berjalan ke sana sini? Dengan panas dia lagi. Tu belum lagi time kau kena terjah, kena hamun dengan engineer. Ha kau, lap lah air mata tu pakai skirt

Sebab tu, kalau dekat fakulti aku, kalau ada pompuan yang dress up lebih sikit contoh nya pakai skirt ropol-ropol, makeup, tudung belitan dari ulau neraka semua tu, mmg kena kecam beb. Erk. Takot beta. Fakulti lain takde pun. Fakulti aku je kot. Ufufu.

Okayy akhir kata, apa pun course yang korang ambil, semua nya perlukan usaha and titik peluh yang mencurah-curah ye dok? Demi apa? Demi segulung ijazah lah. Ke kau nak bergulung-gulung ijazah? Ha kau belajar lah sampai botak, dipersilakan. Lagi pun kan kita di nasihatkan ada 2 ijazah. Yelah. memang nak dpt ijazah ni senang sangat ibarat memetik bunga di taman. Haha gurau gurau.

See ya when I see ya


Saturday, January 28, 2017

last post detected : Last yearrr

aluuhaa. aku lupa kewujudan blog ni (hadoi). so latest update : dah habis third sem, another 5 sem to gooo!! In case you guys had forgotten, aku student degree mechanical engineering dekat UTeM. Ha kat mana UTeM tu? Seriously guys? ada lagi ke yg tak kenal UTeM tu kat mana? alahh yang pemes dgn isu Dr. Zakir Naik tuuu. Ha la mak penat nak explain.

last paper 4.1 haritu. lepas exam tak terus balik, stay dulu sehari kat hostel. motif? sebab aku malas nak kelam kabut kemas beg. ha ha gelak hambar. housemate aku yg seramai 7 orang lagi tu dah balik so keseorangan lah aku tidur malam tu. hambar wey. bosan sampai nak tiur pun rasa bosan. tambah tambah lagi aku ni penakut level 999. mcm mcm aku terbayang malam tu sampai kena tidur dengan lampu terpasang. hadoi

last sem, aku ambik 6 subjek : Thermodynamics 1, Solid 1, Fluid 1, Electrical System, Koku, Lab. boleh dikatakan subjek2 yang sangat killer lah bagi aku yang baru setahun jagung belajar engineering ni. memang, aku mengaku, sem ni aku tak sempat nak lepak2. tak mcm sem 1 ngan 2, aku dah start datang kelas full, tak umpat lecturer(opps), tak tidur dalam kelas and paling penting, tak main phone dalam kelas. hah kau. perform. kalau sem sem lepas, tutor aku bersih. tak berusik. time nak buat mini project utk assignment je aku study. sem ni? sume tutor aku print beb. senang cite mmg aku perform lah sem ni. alhamdulillah

nak dijadikan cerita nya, sem ni mmg susah utk kebanyakan budak batch aku. even dah study pun rasa cam tak study. time study week tayah cita lah. mcm biasa, aku asal study week je confirm migrain hari hari. sampai kepala bengkak wey. kalau dah bengkak tu mmg nak study tinggal harapan lah sebab sakit sangat. time study week hari tu plak. ada popular mega book sale. haha apa lagi, kalau rasa-rasa mcm sikit lagi kepala nak pecah tu, aku ngan roommate pergi la cuci mata kat book sale tu. aku ni plak rambang mata kalau nampak buku wey. konfem nak beli. hasil dari simpanan sebab dari awal sem tak g lepak2, so aku kata ni lah masanya nak guna duit tu. haha so terjadilah pemborongan buku2 di MITC. yang penting aku happy. aku happy, boleh belajar. belajar, stress. stress, g beli buku lagi. hahaha

pendekkan cerita ya, aku skip lah semua penderitaan aku time final (nanty cerita kat next entry), akhirnya sampai jugak dekat paper last. aku skip jugak apa jadi kat paper last ni (next entry yow). so aku pun balik lah dengan perasaan bahagia sebab dah keluar dari neraka dunia. tak sampai bape hari rehat kat rumah, tup tup. budak kelas kecoh kat group whatsapp. result dh keluar lah plakkkkk. adoiii awat rajin sangat lah pulak para lecturer sekalian niiiii. nanty next entry aku cerita lah apa jadi ya. skang dah malam. beta dah ngantok. assalamualaikum