Sunday, January 29, 2017

Aku Dak Mechy II

Post ni sambungan dari post last post detected : Last year. Haritu kan aku cakap nak cerita and kongsi sikit lah pasal final exam sem 3 yang berakhir pada 4.1.2017 haritu, so here it is~

Paper first aku Hubungan Etnik pada 28/12. Utk paper ni semua rilek lagi.. prgi exam semua still gelak-gelak, happy-happy, keluar dewan lak muka semua bahagia jer. Yang keluar awal pun ramai. Aku tak keluar awal sebab lecturer aku dah warning kalau dia nampak student dia keluar awal, dia akan duduk kat seat kitorang and tanda paper kitorang on the spot tu jugak. Haha seram rasanya, so aku tak keluar lah. Paper haritu malam so balik je pergi makan and boleh tidur dengan bahagia aman damai nya. Esok nya, bangun je pagi, ZUPPP anxiety aku tinggi balek. Dah start dah risau utk next paper, Solid Mechanics 1. So apa lagi? Start lah study balik, sambil-sambil study tu, sempat gak pergi MITC, cuci mata tengok buku kat sana, sempat lagi beli seketul dua novel seram. Huhu bukan apa, aku risau gak stress sangat kan, nanty tak pasal-pasal demam plak aku. Kan lagi susah. Lagipun, perasaan rilek tu dah datang dalam diri sebab dah start study awal. Haaa itulah kegunaan study awal. Lagi-lagi untuk orang yang ada masalah anxiety macam aku ni. Kalau biar kan last minit study, anxiety aku naik. Bila anxiety naik, aku jadik mental breakdown tau. Mmg sah lah tak leh study dah kalau gitu.

Tup-tup sampai lah 30/12. Paper aku malam. So pagi sampai petang tu ada masa utk revise lah kan. Alhamdulilllah aku kata. So malam tu aku pergi lah dewan naik kete member. Dalam kete, masya Allah. Senyap jer. Aku pun senyap je pandang depan tak kalih-kalih kot lain. Nervous punya pasal. Beza betollah daripada masa nak g exam etnik haritu. Takde dah memekak ikut radio, aku pun tak de buat lawak hambar. Haha. Semua orang dah rasa dah tension in the air. Fuhhh. Sampai dewan, wey dari luar lagi dah nampak cermin dewan tu berkabus. Nampak sangat dewan sejut yang amat. And memang tak salah. Aku rasa suhu air cond dia letak suhu negative kot. Sejuk giler kot. Jawab exam sambil menggigil wa cakap sama lu. Aku konfius lah, aku amek exam kat UTeM ka kat kutub utara. Memang padan lah sebab dewan besar kitorang tu mmg femes dengan gelaran peti sejuk.

3 jam kemudian, akhirnya habis jugak penyiksaan. Dahlah sejuk giler. Paper susah giler. Tapi aku bersyukur sangat aku boleh jawab. Alhamdulillah. Solid ni 99% calculation lah. Dia macam fizik. Yep dia mmg fizik lah senang citer. Ko belajar pasal structure sesuatu benda tu and reaction dia kalau dikenakan daya mcm bending(bengkokan), torsion(kilasan) etc. Pastu kena kira force dekat satu-satu point. Kena gak kenal pasti samada dia compression atau tension. Haaa gitu lah serba sedikit. Nak tau lebih, belajar lah yew.

Next, paper Electrical System, 2/1. Sama gak 3 jam. Tapi bersyukur yang amat sebab spot yang lecturer bagi mmg tepat 100%. Fufu lega lah sebab aku mmg tekan kan yang spot tu je. So overall Alhamdulillah boleh jawab. ES ni subjek dia pasal electric lah. Pun 99% calculation. Benda takleh nampak en so kena banyak imagine. Kena faham theory dia dulu and paling penting, korang hafal je lah cara nak solve soalan dia. Selalunya soalan dia lebih kurang jer. Contoh nya soalan 1, ada pecahan dari (a) sampai (l), selalunya setiap anak soalan tu dalam 2-3 markah. Paling tinggi 4. Nak solve dia senang sebab guna formula jer. Tayah banyak fikir macam solid. Tapi kalau tak faham memang kosong lah kertas korang nampaknye huhu.

Yang paling haru, paper aku straight 3 hari doh. Memang pressure lah jugak kan, tapi lagi cepat habis lagi bagus sebab keadaan kitorang boleh dikatakan tak terurus dah ufufu. So next day, 3/1, paper Fluid Mechanics 1. Pun 3 jam jugak. Pergh paper memang sangat susah. Memang lain dari yang belajar. Sebab apa? Sebab dalam kelas belajar theory je. Itu pun banyak nak kena cover so memang tak sempat lah lecturer nak tunjuk satu-satu soalan application kan. Ada pun sikit-sikit. Dalam exam memang 90% soalan application. Memang ternganga lah kebanyakan student yang jawab paper fluid haritu.

Before exam, aku rajin gak lepak kat bilik lecturer fluid aku. Seronok borak ngan dia. Dia baik sangat. Dia layaaan je apa yang aku nak cerita or tanya. Pastu aku ada gak cucuk-cucuk dia tanya pasal soalan spot. Ha ha hambar. Dia tak bagi langsung. Takpe lah aku kata, sebab fluid memang aku dah cover awal. Alhamdulillah sekali lagi. And memang dia ajar dalam kelas, aku memang faham sangat. So aku rasa fluid tak susah macam subjek lain. Yang sadis nya, format paper pun kitorang tak tau taw. Berapa soalan semua tu, kitorang mmg tak tahu. Nak rujuk kat paper past year, takut tak sama kan. Anyway, aku ngan roommate aku mmg balun lah buat paper past year. Soalan mmg tough lah. Sebab tu aku tak culture shock sangat masuk final. Masa lepak ngan lecturer aku, dia ada lah cakap, suruh kitorang scan and fahamkan macam mana nak buat soalan dari buku teks sebab soalan memang sah lah keluar dari situ kan. Aku balik, aku tengok lah solution buku teks. Ko bayangkan, 1000+ pages aku scan wey. Berpinar bijik mata

Fluid ni, konsep 50%, calculation 50%. Subjek ni pasal fluid lah. Benda yang bergerak. Velocity fluid kalau masuk dari tempat besar, keluar tempat kecik macam nozzle contohnya. Apa yang berubah and apa yang constant. Then ada satu formula ni ko kena hafal. Memang panjang sikit lah tapi kalau selalu tengok In Shaa Allah boleh hafal. Nama dia Bernoulli Equation. Dari satu equation ni, ko kena derive ikut situation paip/turbine/nozzle atau apa saja device yang digunakan, so lepas derive, formula tulah yang ko kena guna untuk calculation for that particular question. Susah? Taklah. In Shaa Allah subjek ni agak senang berbanding yang lain (bagi aku lah)

So yeah. Habis paper fluid, next paper is Thermodynamics 1. 4/1. 3 jam jugak. Pergh semua paper 3 jam. Dengan dewan sejuk gila brrrr.

Erm.. last paper ni aku sedih yang teramat lah. Sebab apa? Aku rasa aku mcm dah hancurkan harapan lecturer favourite aku kowt. Aku mengaku, utk paper ni yang aku paling sedikit preparation sebab aku pandang rendah kat subjek ni. Aku kata 'Alah subjek ni, senang jer. Boleh ni last minit'. Hamek kaw. Menyesal tak sudah wey. Sebab paper senang. Aku tau sebab soalan tu semua aku pernah jumpa and pernah review. Malangnya, aku tak ingat langsung mcm mana nak buat. Paper aku banyak giler kosong. Masa sir lalu, aku rasa aku pandang dia dengan pandangan berkaca-kaca sambil dalam hati kata 'I'm sorry sir to disappoint you'. Nampak mcm drama kan? Tapi itu lah kenyataan nye. Hewhew *nangis bucu katil*

Lagi satu sebab aku sedih, sebab paper thermo paling senang tapi aku takleh jawab. Lagi pulak, paper last ni aku ingat nak happy-happy lah. Last last ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tngah hari. Aku akhiri final sem 3 aku dengan tangisan. Haha sadis bukan cerita beta.

Pastu 6/1 aku bertolak balik. Alah 2 jam jer perjalanan. Sampai-sampai tu hilang dah sedih aku sebab abah umi belikan pizza berapa hari straight entah haha. Terubat lah kesedihan ni dengan makanan.

Tapi.....

Budak kelas aku kecoh dalam group whatsapp. Aku skiplah sampai result full pun keluar. Tapi result tak official lagi lah. Guess what? Thermo aku... dapat D+. Hmm. Dah agak. Pointer memang tarik habis lah. Yang lain semua okay lah. Tak fail. Kalau fail nanty problem aku nak sambung sem 5.

Memang ramai yang tak dapat pointer lepas 3. Hmm overall memang drop lah result. Madam fluid aku pun cakap, memang subjek tough-tough yang kitorang amek, so tak surprised lah kalau banyak yang jatuh pointer.

Anyway

I'd tried my hardest, strived the strongest utk sem ni. Aku tak menyesal sangat sebab aku tau aku dah study, tutor pun mmg aku buat, past year pun aku buat, Nota memang aku buat lengkap. Alhamdulillah. Ini ujian buat aku. Takpe. Sem depan ada lagi. Aku akan cuba lagi. Target aku? 4 flat. Supaya aku boleh cover balik pointer. Amin. 

So kesimpulan untuk semester 3 ni, aku dapat listkan cara cara yang agak efficient untuk aku study
  • Fokus dalam kelas. Ini basic lah. Cliche kan. Tapi berkesan baq hang. Stop lah main phone dalam kelas, Senang citer, ko nampak jer lecturer masuk kelas, ko campak je lah phone tu dalam beg. Lagipun, bila kita main phone ni, bukan jer kita tak fokus, tapi lecturer pun boleh terasa tau tak. Bila aku dah stop main phone ni, aku dah start fokus kat lecturer aku. Haritu aku ternampak muka lecturer aku macam berubah, mcm kecewa bila dia nampak geng-geng main phone dalam kelas aku. Sejak tu memang aku nekad lah. Taknak lah buat lecturer terasa. Tak berkat wey

  • Say no to mengumpat lecturer. Gemuk ke, cekeding ke, kau diam je lah. Broken english cemana pun, kau boh layan je. Jangan bila dak kelas kau start ngumpat, kau join sekaki berkaki kaki. TAK BERKAT TU ANAK ANAKKKK

  • Cari kawan study dengan tepat dan jitu. Kawan study ni penting au. Aku tak cakap pasal member yang duk semeja ngan kau, pastu duk main phone, gelak-gelak, pastu sekaligus mengajak kau ke lembah kelalaian. Nak carik member study, carik yang bersemangat nak study. Yang bila ko nampak dia, ko jadi semangat nak study. Haa itu baru thorbaek. Apa pentingnya member camni? Supaya, bila dia lalai, ko ingatkan. Bila ko lalai plak, dia ingatkan. Baru lah nama kawan till jannah. Aum sweettt

  • Baik dengan lecturer. Bukan jadi kaki kipas, kaki gosip dengan lecturer. Ingat ye. Jangan mengumpat lecturer lain dekat lecturer mana sekali pun. Woi kau carik nahas ke der. Kau hingat lecturer kau tu impossible ke dari kenal lecturer yang ko ngumpat tu? Lagi satu, sikap camni bawak impression buruk dekat diri kita. Ye lah, orang kata, kalau nak tengok mcm mana orang tu bercakap pasal kita, kita tengok cara dia cakap kat kita pasal orang lain.. Haaa gittew

  • Buat past year. Ni supaya kau tak culture shock, tak terkejut beruk dengan soalan dalam final. Lagi satu, mana tau kan, kalau lecturer kau copy paste je soalan past year. Haa sapa yang untung? Kau ler sebab kau dah buat, ye dok?

  • Prepare awal supaya korang boleh rilek sikit time dah dekat final. Korang boleh solat and beribadah dengan tenang. Solat tak terkejar sebab nak study punya pasal.

  • Jangan tinggal solat and jangan lewatkan solat. Ya tahu. Bizi. Nak study sebab banyak nak kena cover. Tapi jangan lupa pada yang memberi ilmu, okay?

  • Jangan pandang rendah kat any subjek. Jangan gais. Kalau korang taknak menyesal mcm aku lah kan. Ufufu *nangis bucu katil*
Okay, panjang lebau post kali ni, thx for reading until the end. Kat sini hakak nak lanje satu gamba yang hakak ambek masa study week

"I'm here for a good time, not a long time"


Cantek kan gambar tu? *BAIK KORANG CAKAP CANTIK, KALAU TIDAK....(music seram dekat background)*

Okay guys, see ya when I see ya


No comments:

Post a Comment