Monday, January 30, 2017

Kem bina semangat @ Rambai

Aihh nikmatnya duduk rumah time cuti cenggini weyy.. Time ni lah nak qadha tidur ufufu. Anyway, tadi scroll-scroll gambar, terjumpa lak gambar2 dekat camp. Camp apa? Hehe tahun lepas, aku and beberapa member kelas terpilih untuk pergi satu kem yg dianjurkan fakulti. Kem ni katanya untuk student yg mcm, dijadikan harapan lah kan oleh pihak fakulti untuk dapat graduate, dapat first class degree cenggitu ler. Haha lepas tgk result sem ni, aku rasa cam tak layak jer aku g camp tu hahahahaha *nangis*

Anyway, Nak ceritanya, camp tu besttt sangatttt. Serious wa cakap. Kem tu 2 hari 1 malam je, dibuat dekat Sungai Rambai. Nama tempat tu homestay ape entah tak hengat. Best sebab aktiviti dia sangat banyak and tak sempat langsung lah nak lepak2 rilek2 kat bilik. Aku ni lak dah bertahun tak pergi camp, so nervous lah sikit bila nampak aktiviti dia haha

Bertolak

So kitorang bertolak hari sabtu pagi, lepas subuh lagi aku dah gerak g fakulti. Bukan saja nak gerak awal, dah diberitahu suruh sampai before 7 kan, so gigih lah gerak awal pagi ngan member2 sekalian. Sampai je kat fakulti, aikk mana bas? Kata nak gerak kol 7? Haha aku lupa kita ni dekat Malaysia. Orang malaysia ni kaya dengan janji melayu. Ufufu. Merepot lah kitorang tgu. Nasib baik wifi fakulti ada so takde lah pishang sangat.


Masing-masing muka masih bahagia haha

Tak ingat lah kan bas dtg kol bapa, pastu sesi merebut tempat dalam bas pun tiba. Yes aku dapat conquer seat tepi tingkap haha. Perjalanan katanya dalam sejam lebih. Sempat lah lagi nak tidur so apa lagi, kesempatan jangan disia-siakan. Tapi guess what aku takleh tidur langsung sepanjang perjalanan. Nak tau sebab apa? Sebab aku cam tak yakin jer ngan pakcik bas ni haha. Dia bawak laju giler kot. Pernah tak naik kete laju gila sampai rasa tayar tak jejak jalan? Rasa melayang-layang je kete? Haa ni ko bayangkan bas rasa melayang. Memang tak tidur lah aku. Tak sampai sejam pun dah sampai. Aku rasa pakcik bas tu rushing lah tu sebab dah terlewat dari jadual asal. Tu lah sapa suruh lambat choi. Nasib baik selamat sampai taw

Sampai

Lepas dah sampai, aku tgk lah sekeliling. Wey aku jatuh cinta dengan tempat niiii. Hijau jer sejuk mata memandang. Pastu kitorang disuruh letak beg dulu, pastu dengar lah talk sikit kan. Kitorang diberitahu aktiviti lepas ni apa lah sume tu kan. Pastu kitorang g makan pagi dulu before start activity. Rules kat sini, lepas makan, ko buat mcm kat rumah kau, kena basuh sendiri ohoho. Tak kisah lah, asalkan tak kena masak sendiri ye dok.

Lepas makan, semua berkumpul untuk pembahagian group. Ada 3 group, Satu group 10 orang camtu. Aku arrange kan baik punya last last aku dapat satu group ngan member aku yg tudung oren ngan shawl biru tu. Haha terbaek lah. 

First activity : Explorace

Aktiviti pertama ni explorace. Ada lah fefeeling Runningman sebab kena carik clue sendiri. Kena tanya orang kampung suma, tempat semua kena carik sendiri. So maksudnya kitorang kena keluar lah dari homestay tu, then carik rumah2 orang utk kitorang selesaikan mission. Acewah haha

So kitorang merantau lah keluar dengan taktau apa2 except utk cari rumah sapa. Kat mana rumah tu? Haa kitorang kena carik orang kampung, atau stopkan kereta ke motor ke, asalkan boleh tanya. Memang kitorang dah mcm kanak2 sesat tau nak stop kan kereta orang lalu lalang. Yang sadis nye tu wey, tak sorang pun yg berenti. Haha. Last2 tanya je lah dekat makcik pakcik yg kitorang jumpa. Berdasarkan maklumat yang diberi, kitorang cariklah rumah2 tu. Jauh baq hang. Adalah kena jalan dalam 1 km. Matahari dahlah tengah pacak atas kepala. Sampai checkpoint pertama, mulalah penyiksaan pertama.

So utk yg first ni, kitorang kena pindahkan katak dari satu baldi ke satu baldi. Sebelum letak katak tu, kena cium dulu gais. Maigad. Itu lah first time aku pegang katakkk. Okay mission complete. Ada plak hidden mission lepas tu. Ketua kitorang, disuruh sebut nama ahli group sorang2. Errr yang tu fail. Yelah kitorang baru jumpa. Dia tak sempat hafal nama semua orang lagi kan.

So kena lah hukuman kan. Ko nak tau, hukuman tu buat aku fobia dengan pisang hampir sebulan jugaklah. Hukuman dia, sorang2 kena masukkan pisang dalam mulut pastu pass dari sorang ke sorang. DENGAN MULUT GAIS. Pergh mmg muntah lah cerita dia. Last skali ketua lah kesian sebab dia last sekali ke masukkan dalam mulut pastu makan kalau tak silap. Antara lelaki ngan pompuan kalau nak pass kena guna tangan lah kan, takkan mulut gak aish. Tapi aku mmg fobia lah nak tengok muka member aku tu sebab aku kena pass pisang kat dia guna mulut wey. *uwekkk*

Iyekk... habis jer kat situ, kitorang pergi next checkpoint. Kat situ mission dia kena isi air bagi penuh dalam satu paip ni. Paip tu adalah paras pinggang aku. Besar gak lah sebab kalau genggam dgn dua tangan pun tak lepas. Masalah utama diaa, Paip tu berlubanggg. Banyak gile kot lubang. So in order to fill water into that pipe, kenalah tutup lubang2 tu dengan jari ke, mulut ke, asalkan lubang tu semua tertutup and air dapat penuh. Haha penyiksaan lagi. Sebab aku jaga lubang kat bawah, memang aku kena jirus lah air dari atas. Memang kitorang mandi free pagi tu. Penyiksaan kedua, ada lubang2 yg tak dijaga sangat, air keluar lah dari lubang tu. Kau bayangkan keadaan aku time tu, nak kena tutup lubang yg aku jaga, jari cream wey (dak wechat detected), pastu air masuk dalam mulut plak dari lubang2 yg tak dijaga, kena jirus air dari atas lagi. Perghhhh aku tak tau lah bapa lama tapi mmg rasa lama sangat. Jari dah tak rasa jari dah. Kaki lenguh sebab kena menyangkung lagi. Last2 kitorang tak berjaya siapkan dalam masa yang ditetapkan. Denda dia? Kitorang kena pergi berendam dekat err apa ek. Paya pun bukan. Aku tak sure nak panggil apa. Yang penting dia ada air lah haha. Air paras bahu doh. Dalam tak dalam? Kau rasa?? Ada selut plak tu haha memang kena sedut lah cerita dia. Lepas semua orang dah masuk air, kitorang disuruh tahan nafas dalam air. Bab ni aku okay lagi. So tahan lah nafas dalam tu. Tak lama pun kejap je. Pastu nak keluar tu azab. Nak kena tarik kaki dari selut ingat senang ke haa. 

So move on to next checkpoint. Kat sini, kitorang disediakan satu baldi yang ada banyak tali, and banyak jugak lubang. Ada satu botol air. Kat sebelah sana ada sumber air. Kat sini ada lopak yg penuh dengan lumpur. Cuba teka kena buat apa? Kitorang kena jaga satu tali sorang, angkat baldi yang berlubang tu, isi air dekat sumber air tu(paya ke ek, entah) pastu angkat baldi tu, lalu dekat lopak lumpur tu yang dalam jugak lah, pastu naik, isi air tu dalam botol air. Kat sini memang aku sadis lah. Sbab aku banyak kali jatuh. Sbab lopak lumpur yg aku lalu tu steep. Curam. Memang licin. Aku cam nak nagis sebab mcm lambatkan budak group aku. Hmm sedih. Pastu plak time aku terjatuh, lutut aku terseret. Seluar aku koyak. Lutut aku? Darah. Erm memang pedih lah tapi tu aku tahan lagi. Masa ni lah jugak sport shoes aku terkopak wey. Haha bertambah2 kesadisan. Yang aku kesian sebab aku cam lambat sangat. Tapi alhamdulillah kitorang dapat siapkan tanpa kena denda. Walaupun tak kena denda tapi mcm kena denda sebab checkpoint ni yang paling susah.

Alright fourth checkpoint out of 5. Kat sini nampak cam rilek sikit lah. Kitorang disediakan satu talam yang ada dalam 10 benda mcm kacang hijau, kacang merah, cengkih haa mcm tu lah. Kena asingkan semua dalam allocated time. Masa kitorang sampai tu, group lagi satu tak habes lagi. So kitorang boleh duduk2 sambil tgu dorang. So terdampar la kitorang haha. Sambil tgu tu, sempat selfie lagi (nasib baik bawak phone, sebab patutnya tak boleh bawak phone, tapi aku kan degil haha)


Haha muka masing2. Btw, tangan aku tu tengah cover seluar aku koyak kat lutut ufufu


Sampai je turn kitorang, kena lah berhimpit2 10 orang duduk keliling satu talam. Haha tak muat katakaw tapi nak buat cemana kena gaklah duduk. Pastu dah asing baek punya. Settle. Ingat kan dah habes lah kan. Dia suruh namakan satu2 benda tu lah pulakkk. Aku terus terang cakap memang fail bab ni. Nasib baik member aku ni pandai belaka. Tapi ada satu ke dua yg dia tak dpt jawab. Last2 kena denda gak lah cite dia. Denda tak susah. Kena ketuk ketampi. Tapi kena serentak semua orang, Kalau tak serentak kena ulang balik. No problem lah haha.

Last checkpoint. Kitorang sampai dekat satu kawasan lapang. Pastu abang yg jaga checkpoint tu pun explainlah kat kitorang game ni cemana semua tu. Aku tak ingat nama game tu tapi cara main dia, ada batu bata disediakan, kitorang kena menyeberang 'lautan api' yang disediakan kat tengah2 kawasan lapang tu. Nak melintas tu kena guna batu bata tu. Batu bata yg disediakan tak banyak. So maksudnya kalau nak teruskan perjalanan, bata yg dekat belakang kena di pass kan dekat orang depan. Haa paham tak? Kalau terjatuh, kena start balek. Masalah nya, kitorang, antara ahli group, kena connected. Mcm mana? Samada pegang tangan, pegang baju, pegang botol ke, dahan ke ranting ke, asalkan tak boleh terputus sampai lah semua orang boleh menyeberang 'lautan api' tu. Kitorang yg gegirls diletakkan bahagian belakang. So budak laki lah yg start dulu. Kitorang kena restart banyak kali sebab mmg susah lah. Last2 kitorang pilih didenda sebab mmg tak boleh buat. Kitorang yang pompuan tak sempat pun lagi naik atas batu bata tu. Haha aku lega sebenarnya. Denda dia senang jugak. Kitorang kena bersihkan lalang dekat satu bahagian ni. Takde masalah. So kitorang setel lah jugak explorace.

Kitorang berkumpul kat satu tempat ni. Group kitorang last kowt sampai haha. Memang tak menang. Tapi at least kitorang had fun sesangat. Tak kisah pun tak menang ye dok. Disediakan lah air sirap utk kitorang. Mmg aku minum tak ingat dunia wey. Pastu ada lah ucapan sikit dari abang2 yg jaga checkpoint tu semua kan. Last skali kitorang amek gambar huhu

Inilah budak group aku yang sporting habes <3

So lepas tu kitorang kena jalan balik ke homestay. Masa jalan balik tu terasa jauhhh sangat. Tadi time memula tak rasa sangat sebab semua still excited. Sekarang ni semua dah barai haha memang terasa lah penatnya tu.


Second activity : Mencanting batik

Kitorang kena pergi kat satu tempat ni, pastu kitorang nampak ada peralatan mencanting batik. Pastu sorang abang tu buat lah demo cemana nak canting batik. Cantik plak tu dia buat. Aku yang pompuan ni pun tak tentu lagi boleh canting batik camtu punye cantik huhu. Pastu sorang kena amek satu lukisan yang dah disediakan. Kitorang tinggal kena warnakan jer. So lepas dah amek warna, berus semua, duduk lah semua orang. Abang tu kata, ni mcm coloring therapy lah sebab tadi kitorang dah didera habis-habisan so skang masa untuk rilekkan minda, rilekkan badan. 


Acah khusyuk hahaha


Third activity : Kerjasama!!

Lepas asar, kitorang kena g padang. Aktiviti petang ni melibatkan kerjasama antara semua orang dalam group. Kitorang kena buat apa? Okay. Ada batang paip, Ada tali rafia. Kitorang kena sambungkan 3 tali rafia dekat each end of the pipe pastu ketua diri kat tengah and kena sambung kan paip tu sampai tinggi. Kena pastikan paip tu tegak dengan cara, pegang tali rafia tu tegang2 so that paip tak bengkok. Sorang ada yang kena pegang 3 tali rafia. Memang mcm2 lah jadi. Group kitorang jenis yg slow and steady. Group satu lagi tu mcm kelam kabut sikit so banyak kali lah paip diorang tu bengkok menyembah bumi, so dorang kena start balek. Last2 kitorang menang dengan bilangan 6 ke 7 paip, so memang tinggi lah huhu.


Game ni sangat memerlukan semua ahli group aktif and peka supaya paip tu tak bengkok. Btw ketua group aku yang lelaki kasut kuning tu


Fourth activity : ATV

Okay, kitorang main game tu sebab nak tgu turn utk aktiviti yang selepas ni. Lepas meraih kemenangan, kitorang berkumpul kat ladang kelapa sawit kat belakang homestay tu. Aktiviti ni paling best sebab kitorang boleh naik ATV!!! Pergh mmg impian aku doh nak naik menatang tu. SO apa lagi, dah dapat pegang memang aku press minyak habis-habisan. Siap boleh racing lagi ngan budak kelas aku. Err yg malang nya aku kalah. Wey kena bahan seminggu doh. Hmphh.. Tapi mmg best lah. Memula aku bajet cam taknak kotor2 sangat sebab sport shoes aku tak kering lagi so aku pakai sneakers je. Kalau sneakers pun kotor habis lah kasut. Last2, persetankan semua tu. Aku main puas2 sampai lumpur habis kat tudung. Kasut, tracksuit, tayah cite lah.. haha asalkan aku happy. Bila lagi boleh naik benda tu

Ni before kena lumpur haha



Fifth activity : Solo drop

Lepas maghrib, kitorang berkumpul kat dewan makan. Untuk apa? Untuk makan lah haha. Pastu katanya lepas makan nanty ada cam presentation lah. Kitorang akan disuruh cakap pasal apa yang kitorang dapat sepanjang hari ni. Okay lepas makan, tetiba member aku ni mcm tak sihat. Dia mengadu sakit dada. Sebab harini mmg tough sangat aktiviti dia. Member aku ni dah lama tak lasak2 camni so sakit dada la. Aku dah risau dah. Pastu aku ngan sorang lagi member kitorang disuruh teman dia g rehat kat bilik. Aku urut la apa yang patut. rupanya dia masuk angin. Bila aku urut mmg sendawa memanjang. Pastu dia tidur. Aku ngan sorang lagi ni amek kesempatan lah tidur jugak haha. Pastu aku terjaga sebab roommate lain yang terdiri dari akak2 senior masuk. Dorang kata nak start dah next activity. Member aku yg sakit tu kena la sorang teman. So member aku tu teman dia and aku kena pergi gak lah activity tu huhuuuu 

Aktiviti malam ni katanya night walk. Aku ni boleh dikatakan dalam berani still penakut lah sebab since kecik mmg penakut level 999. Dalam group tu aku tinggal sorang je lah pompuan sebab member aku dua orang tu tak ikut kan. Adoi aku nak pegang sapa ni. Pastu masa taklimat, dia kata dia tukar aktiviti. Tak jadi night walk. Digantikan dengan solo drop. ADOII. Night walk lagi okay bagi aku sebab kalau takut pun ko boleh lari lagi. Solo drop ko kena tinggal sorang2 kot. Nak lari takut sesat nanti. Duration dia 2 jam. Erk. 2 jam, kena tinggal dalam ladang kelapa sawit? Wey aku dah kecut perut doh time tu. Aku group 1. So kitorang first kena masuk dalam ladang tu. Gelap yang teramat. Aku ni plak rabun malam. Adoi tak nampak apa. Nasib kawan aku sorang ni baik dia tolonglah aku. Kalau tak serious aku tak leh jalan sebab tak nampak apa.


Taklimat before start solo drop. Abang tu bagi nasihat lah apa sume. Time ni aku dah berpeluh dingin >.<



Pastu aku ditinggalkan sorang2 kat satu pokok ni. Kat bahagian hujung ladang lah jugak. Okay first thing yang aku buat? Aku duduk dulu. Carik position selesa. Sandar kat pokok lah yang pasti sebab orang penakut mcm aku ni takde makna nya nak duduk kat tempat lapang. Orait. Memula aku okay lagi. Aku siap tertidur lagi. Bangun tidur, aku tidur balik haha. Pastu dah terbangun tak habes2 lagi. Aku bawak keluar phone. Haha mmg tak boleh bawak phone tapi aku kan degil. Pedulik plak aku hahaha. Pastu nak hilangkan rasa takut, aku whatsapp orang haha. Nasib ada line. Pastu aku main game. Tengah leka main game, aku dah start dengar bunyi2 kat belakang aku. Erk. Teruskan main game, Buat bodo. 'Dia' main2 dengan dahan2 kelapa sawit tu. Dia cakar dari atas sampai bawah, Adoi. Aku buat bodo je. Aku cakap dalam hati 'tu abang fasi tu'. Kitorang ada password 'tulang'. Kalau dia one of us, dia akan jawab 'belulang'. Kalau dia diam tu, maksudnya paham2 lah sendiri yaw. 

Aku tak berani doh cakap password tu. Kalau dibuatnya dia tak menjawab, mampus aku kejung kat situ weyy.. haha so aku teruskan misi membuat bodoh sambil main phone. Pastu aku rasa 'dia' marah kot aku main phone sebab makin hebat plak permainan dia kat belakang aku kan. So aku simpan phone, baru 'dia' cam reda sikit. Tetiba, boleh pulak aku terdengar ada orang karaoke dekat jalan seberang. Pastu dengar plak bunyi motor lalu lalang. Haha ceritanya, aku tak takut lah jadinya. Nasib baik wey. Kalau tak maunya aku nangis kat situ gak wey.

Lama-lama duduk, aku bosan. Pergh bosan yg teramat. Nak main phone, 'dia' kat belakang marah. Nak tidur, tak boleh dah. Aku pandang kiri kanan. ZUP. Jap. Apa yg aku nampak tu? Aku pandang kanan aku, aku ternampak mcm ada orang yg duduk peluk lutut. Masalahnya, dia bertanduk. Erk. Aku telan air liur. 'apa tu?', 'siapa tu?', 'orang ke tu?', 'abang fasi ke?'. Macam2 soalan ada dlm kepala aku. Tapi aku tgk dia diam je, so aku cuba rilekkan diri. Okay kujay, rilek kujay. Aku pandang dengan ekor mata, dia duduk diam je. Okay, Takpe. Jangan ko gerak sudah mmg aku marathon dalam kelapa sawit ni.

Lepas dah tersangat kebosanan sampaikan rasa takut sume dah hilang, akhirnya abang fasi jemput aku jugak akhirnya. Benda first yg aku buat lepas aku bangun? Aku on flashlight pastu suluh belakang pokok tempat aku duduk. Guess what? Takde siapa. Erk. Gulp. Jadi yg tadi kacau2 aku tu siapa? Atau apa? Adoi. Pastu aku suluh 'orang' yg aku nampak tadi. Lahhh rupanya tu tunggul kayu lahh. Nampak tak, kalau time takut imagination mmg hebat lah huhu

Okay dipendekkan cerita, semua orang boleh balik and tidur lepas seharian penat dengan aktiviti yg non stop dari mula sampai hingga lah tengah malam...

Sixth aktiviti : Talk

Pagi tu, lepas dah mandi, solat, pastu g makan. Pastu kena pergi dewan balik sebab ada talk dari lecturer2 yg hadir. Menarik gak talk dia, tak bosan lah mcm talk2 yg biasa. Kat sini tak banyak lah nak cerita kan sebab korang tau lah talk buat apa je kan huhu

Last activity : Masak!

Orait. Lepas tu kitorang ditugaskan masak sendiri lunch kitorang. Nak masak kena lah ada periuk, senduk, bahan masak kan? Kitorang kena 'beli' sendiri barang tu semua. Duit? Kitorang akan dapat lepas selesaikan mission. Group aku ditugaskan kemas surau. Pergh. Aku syak surau ni mmg tak pernah orang gunalah. Dia punya habuk tu tayah cakap lah tebal dia. Selesai je kemaskan, kitorang balik kat tempat asal tadi and collect 'gaji'. Seringgit lebih je huhu. So belilah periuk, senduk, bahan masak guna duit tu. Nasib barang sume murah, harga mcm seposen dua jer. Orait what next? Nak carik tempat masak lah plak. Tetiba hujan plak. Alamak aku cepat2 pergi carik kayu sebab nak buat kayu api. Pastu lepas dah setel api suma, start lah masak. Lauk kitorang adalahhh.. jeng jeng jeng.. Nasi goreng sardin pattaya. Ha kau. Performm haha.

Yeah itu dia. Haha

Lepas masak, kitorang bawaklah lauk kitorang masing2 g dewan makan utk di judge oleh para hakim. Hahaha. Well luck tak menyebelahi kitorang, so tak menang. But seriously, I don't really mind menang atau tak. Sebab we really had fun that day. Kenangan tu lah yg penting sebenarnya. Title menang or kalah tu sekejap je, ye dok?


Thanks to my group, Really had fun selama 2 hari ni.

So lepas makan semua, boleh balik bilik and kemas apa yang patut sebab nak balek dah. Sedih lah plak en nak balek dah. Sebelum datang camp ni bukan main tak nak datang lagi sebab takut kena buli. Haha ni dah kena buli, dah kena seksa semua, tapi rasa seronok lah kat sini. Hmm lepas dah siap kemas, bas pun dh tunggu so apa lagi, naik bas. Sepanjang dalam bas, kerja aku melalak, nyanyi2 pastu dah penat, time to sleeppp.. 

So berakhirlah camp selama 2 hari 1 malam aku. So far, aktiviti ni yang paling best pernah aku attend sepanjang aku kat UTeM ni ufufu. Sangat best. Harap dapat pergi lagi tahun 3 nanty. Tapi result kena okay lah haha. Okay gais, itu sahaja. Thanks for reading until this very sentence. Love yaa <3

See ya when I see ya












No comments:

Post a Comment